BAB 2 – BAYANG DI TEPI SUNGAI PERAK

No photo description available.

SUMPAH NUSANTARA
OLEH : Arif Penawar Vitiligo
BAB 2 – BAYANG DI TEPI SUNGAI PERAK
 
Tiga hari tiga malam mereka merentas hutan, paya dan sungai.
Makanan semakin habis, luka semakin dalam, namun tekad tidak pernah ranap.
Mereka akhirnya tiba di tebing Sungai Perak, airnya tenang berkilau di bawah sinar bulan separa.

Panglima Alam berhenti di situ, menunduk dan menyentuh air sungai yang sejuk.
“Inilah nadi yang akan menyambung perjuangan Melaka,” katanya perlahan.
“Di sini, darah baru akan ditanam untuk menebus yang tumbang.”

Di seberang sungai, kampung kecil tersergam di celah kabus subuh. Beberapa orang nelayan tempatan terkejut melihat perajurit-perajurit kotor dan lesu itu muncul dari hutan. Seorang tua segera datang menghampiri.
“Siapa tuan-tuan semua? Dari mana datang dengan rupa begini?”
suara orang tua itu bergetar tapi berani.

Panglima Alam bangun, memberi salam, kemudian memperkenalkan diri.
“Aku Panglima Alam, bekas perajurit Melaka. Kami berundur dari serangan Portugis.
Kami bukan lari. Kami mencari tapak untuk bangkit semula.”

Orang tua itu menatap lama, kemudian mengangguk perlahan.
“Kalau begitu, tanah Perak ini sudi menerima tuan-tuan. Tapi Portugis sudah menghantar orang mengintai ke utara. Mereka mahu pastikan tiada saki-baki yang terselamat.”

Kata-kata itu membuat dada Panglima Alam berombak marah.
“Mereka fikir Melaka mati? Tidak. Selagi kami bernyawa, penjajah itu akan tahu erti gentar.”

Malam berikutnya, mereka bermesyuarat di sebuah balai kecil di kampung itu.
Beberapa saki-baki hulubalang Melaka yang berjaya menyelinap keluar turut tiba termasuk Panglima Rahim, sahabat lama Panglima Alam yang dikhabarkan gugur. Pertemuan itu membakar semangat seluruh pasukan.

“Kita tidak cukup orang,” kata Panglima Rahim. “Tapi kita kenal hutan, kita kenal sungai,
dan kita tahu bagaimana untk menyorok bayang di balik malam.”

“Kita akan serang bukan untuk menang,” balas Alam. “Kita serang supaya mereka tahu tanah ini masih punya penjaga.”

Di luar, angin membawa bau hujan. Dari jauh, kedengaran bunyi kapal besar berlabuh di muara. Portugis sedang mara perlahan ke utara.

Panglima Alam menggenggam tombaknya, menatap ke langit.
“Jika bumi ini harus menyimpan nama kita dalam darah, biarlah begitu.
Asalkan anak cucu kelak tahu yang maruah tidak boleh dijual, walau Melaka sudah tumbang.”
 
BERSAMBUNG…